



Laws Of Malaysia Act 775
[Traditional & Complementary Medicine Act 2016]
Akta 775
* Tafsiran 3. " Amalan perubatan tradisional dan komplementeri" ertinya suatu bentuk amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu dan termasuk amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, pengubatan Islam, homeopati, dan terapi komplementeri, tetapi tidak termasuk amalan perubatan dan pergigian yang masing-masing digunakan oleh pengamal perubatan dan pengamal pergigian."
​
* "pengamal" ertinya pengamal perubatan tradisional dan komplementeri.
​
* "pesakit" ertinya individu yang mengambil pengamal berdaftar untuk memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementeri untuk kesejahteraan dirinya atau sebagai suatu rawatan apa-apa penyakit atau sakit.
​
*Hak pesakit.
40. (1) Segala maklumat pesakit, secara langsung atau tidak langsung, yang diberikan kepada atau diperolehi oleh pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, hendaklah -
(a) dipelihara kerahsiaanya ; dan
(b) tidak didedahkan kepada mana-mana pihak lain melainkandengan kebenaran terdahulu pesakit atau dengan suatu perintah mahkamah.
